September 18, 2011

17 Sept 2011

Things happened.
Siapalah kita untuk menyangkal qada' dan qadar itu ketentuan Allah.
Kami buat rumah terbuka.
Sedang aku dan Mama sibuk di dapur, manakala Abah dan Ayie sedang membersihkan lantai di frontyard rumah, kami dikejutkan oleh suara Ayie yang memanggil Mama.
"Mama, Mama, meh sini kejap. Abah jatuh ni Ma!"
Bergegas aku dan Mama kebahagian depan.
Tengok-tengok Abah dah terduduk didepan pintu masuk sambil memegang tangan kiri dia.
Mama mase tu dah jadi kalut gila.
Abah pulak yang tenangkan Mama.
Mama lah orang yang paling kalut sekali bila ada sesuatu benda buruk berlaku.
Yelah, dia tak boleh terkejut.
Ni pulak dapat tau Abah jatuh tergelincir.
Aku pun pegy salin baju dengan tak mandi nya terus hantar Abah ke Hospital Serdang bersama Ayie.
Mama pulak tinggal dirumah.
Kalau Mama ikut siapa pulak nak uruskan rumah.
Kang nanti orang datang tak ada siapa nak layan.
Mama nak ikut, tapi Abah kate tak ape.
Aku terus drop kan Abah kat Wad Kecemasan di Hospital Serdang.
attendant tu terus bagi Abah kain anduh ( kain balut untuk orang patah tangan. haha aku pun tak pasti ape namanya ) lepas tu dia bagi Abah injection untuk tahan sakit.
Lepas tu aku tolong register nama Abah kat kaunter pendaftaran.
Ramai betul orang dekat hospital.
Angka giliran Abah 2020.
Kalau ramai orang macam ni sure lame nak tunggu.
So, Abah suruh aku balik untuk tolong Mama dirumah.
Ayie teman Abah di hospital.
Bila segala persiapan kat rumah dah siap, nak makan pun jadi tak ada selera sebab teringatkan Abah di hospital.
Lepas tetamu pulang, dalam pkul 5petang, Mama minta aku bawak kan dia ke hospital.
Dia nak pegy tengok Abah.
Kebetulan, masa kitorg sampai tu Abah da boleh keluar.
Tangan dia pun da siap bersimen.
Kitorg bawak dia balik.


Hari ni genap setahun pemergian Tina.
Aku tak penah lupa Tina.
Tina tiada ganti nya.

Hari ni jugak dapat berita tentang pemergian ayahanda Mona Husain.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Be strong Mona, Allah lebih sayangkan dia.
Al-Fatihah.



p/s : aku bersyukur sebab Abah & Mama
masih ada untuk aku dalam muka bumi ni.

September 12, 2011

1st Day di Poto Travel & Tours.

Everything goes well.
tapi agak gugup jugak mase mula-mula.
Yelah kan, baru masuk.
Tak tau nak buat ape, tade keje.
Meja da dapat.
Pastu ofismate baru pulak boleh siap suruh aku online dulu,
sementara tunggu Branch Manager sampai.
Esh tak berani la aku kan.
Baru sangat kot.
Lepas jumpa boss, terus duduk kat meja balik.
Buat keje, kemas fail dan sumbit borang PK untuk submit ke MAS.
hari ni jugak dapat sign ID untuk Galileo dan pass untuk access pintu office.

Pulang sahaja dari keje,
aku pegy minum kejap dengan Ezat di Taman Warisan Putrajaya,
sementara nak tunggu untuk ambil Abah di ERL Putrajaya Sentral pkul 7malam.
Aku sampai di rumah pada pkul 7.30malam.
Sampai je rumah terus makan, sebab tergoda dengan menu makan malam yang disediakan oleh Eqa dan Mama.
Memang tempting gila asampedas ayam dan ikan kembung bakar bercicahkan air asam.
Lepas kenyang, ape lagi.
Ayuh kita tidur :)




September 9, 2011

Hari Terakhir di Utusan Travel & Tours


Hari ni hari terakhir aku berkhidmat di Utusan Travel and Tours di Seksyen 8 Bangi.
Pejam celik pejam celik dah 2bulan 8hari aku kat sini.
Aku telah meletakkan jawatan sejak 26Aug yang lalu sejak aku diberitahu yang aku lulus temuduga dan diterima bekerja di Poto Travel di Presint 15 Putrajaya.
Jadi hari ni lah hari nya.
Perasaan bercampur baur.
Ha yelah, ofismate yang sporting buat aku rasa selesa nak bekerja.
Tak berapa nak rasa tension bekerja.
Even aku penah kena marah dengan boss sebab tak hantar report setiap hari,
dengan ada nya ofismate yang best, tade pun rasa nak moody.
Lepas ni tade la mase untuk bergosip-gosip, tengok movie sama-sama,bergelak ketawa sama-sama, makan sama-sama dengan Kak Siti, Kak Zura dan Kak Sue.

Ape2 pun, kepada Kak Siti, Kak Zura dan Kak Sue,
I will miss that moments.
Thanks a lot sebab sudi berkongsi ilmu dan mengajar Fy sepanjang Fy berkhidmat untuk Utusan Travel.
Tak lupa juga pada Kak Wana, Kak Nina, Budin, Hakim, Abg Najmi dan Abg Hairul terima kasih sebab layan Fy dengan baik.
dannnnn terima kasih juga kepada Cik Azah dan Puan Azreen sebab bagi Fy peluang bekerja di syarikat Cik/Puan.


1. meja dimana tempat aku bekerja.


2. bersama Senior Ticketing Executive ( Kak Siti )


3. bersama Umrah and Ticketing Consultant ( Kak Zura )


4. bersama Tour Consultant ( Kak Sue)




do keep in touch.
Kenangan di Utusan Travel takkan Fy lupakan.
Terima Kasih Banyak-Banyak.
Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa baik kalian.
Doakan kejayaan Fy di tempat baru.



September 7, 2011

Syawal 2011

Raya kali ni tanpa camera :(
Ni pun bergantung pada camera handphone.
Nasib baik Pais ada digital lomo camera dan D3100 fuad punya.
So curi gambar-gambar mane yang ada kat camera depa ni.
more pictures on facebook.