August 26, 2011

Rezeki Ramadhan 2011.

Alhamdulillah.
Syukur terhadap Illahi diatas rezeki yang melimpah ruah pada ramadhan kali ini.
Satu demi satu rezeki dikurniakan kepada aku.
Syukran Ya Allah.

Nak dijadikan cerita,
aku dapat panggilan dari Poto Travel untuk menghadiri
sesi temuduga yang diadakan semalam ( 25Aug2011),
diatas nasihat dan sokongan Puan Rita dan Puan Maria,
juga mama,abah dan beberapa staff Utusan Travel yang memberi sokongan terhadap aku untuk pegy ke sesi temuduga tersebut.
Tak sangka pulak aku LULUS sesi temuduga tu.
Aku dah hantar surat perletakan jawatan hari ni.
Seperti yang termaktub dalam Offer Letter, aku dikehendaki menghantar notis 2 minggu sebelum tarikh aku berhenti.
Aku masih lagi perlu berkhidmat pada Utusan Travel sehingga 9Sep2011.


Alhamdulillah. aku beryukur sangat2 diatas rezeki yang kau kurniakan Ya Allah !


August 23, 2011

Senyum Sampai ke Telinga :)

Tajuk entry ni saja da boleh bau yang entry kali ni berbunyi agak happy.
YA ! memang sangat happy.
Gaji sudah masuk maaa !
Jadi, hari ni, aku nak grab benda ni :)



Actually, bukan ni yang aku nak.
Aku nak Nikon D3100.
Tapi apa kan daya,duit tak cukup.
Kena kumpul 5-6bulan lagi.
Almaklum lah baru nak bina kerjaya.
So, ini adalah pengubat hati aku yang lara ni.
Haha. ayat tak tahannn pulak la kan.


mood : pegy keje dengan hati yang gembira.

August 20, 2011

Tinggal Harapan Saja.

Uwaaaa.
Sukar untuk aku nyatakan bahawa tak dapat beli camera untuk raya ni.
Kes duit tak cukup.
Sedih sedih dannnn sangat sedih.
Tape la,mungkin tade rezeki lagi.
Tak dapat camera, tapi aku nak pujuk hati aku dengan beli handphone baru.
Ahha ! it sounds really gooooooooood.
Aku masih lagi tercari-cari handphone yang harga nya rm800 ke bawah.
nak yang murah tapi nak function yang hebat-hebat.
haha macam mane tu?
minggu depan mungkin aku akan terus grab.
hehe tak dapat camera, handphone baru pun oke dah :)




p/s : sedang pujuk hati yang lara.

Sarang Labah-Labah.

wahh da bersarang labah-labah da blog ni.
nak kata terlalu sibuk bekerja?
tak jugak, kadang-kadang je sibuk.
almaklum lah duduk di ofis.
bila di rumah pulak, internet tidak berkelajuan tinggi.
lagi pun tiada cerita menarik.


eh eh siapa kata tiada,
ada je, cuma tak berkesempatan untuk dikongsikan.
yang penting pagi tadi aku baru sahaja terima mesej daripada bekas kekasih lama.
rindu kata nya.
ahhhh sudah lah,dusta belaka semua itu.
takkan aku kembali pada dia.
ehh awak nak jilat balik ke ape yang awak dah ludah?
euuuwww.



mood : rindu abang polis.
tapi dia sedang dingin :(