September 17, 2010

Pemergian TINA. Al - fatihah.


Tina sudah kembali ke rahmahtullah tepat jam 1625 @ 4.25ptg 17sept2010.
Semoga tina tenang disana.


Jam 4.33ptg aku terima satu mesej kosong dari abah/.
aku nak reply tapi malangnya kredit da expired.
so aku biarlah je lah.
then ada satu lagi mesej masuk.
aku diberitahu abah yang Tina telah pergi meninggalkan kami sekeluarga.
aku terus menelefon mama dirumah.
bila aku dengar suara mama,terus berjurai air mata aku bila mama cakap Tina dah tade.
Hanya tuhan je lah yang tahu perasaan aku mase tuh.
Mama cerita tentang keadaan Tina sebelum dia meninggal dunia.

Ada sesetengah orang akan tergelak besar bila dengar orang sedey sebab kematian kucing.
bagi aku,kematian kucing bukanlah sesuatu yang lawak.

TINA, sebahagian daripada hidup aku,
sebahagian daripada family aku.
kehadiran dia pada NOV 2007 amat menceriakan hidup kami sekeluarga.
dengan telatah dia yang sangat hyperactive.

Terima kasih Allah sebab bagi kami pinjam Tina walaupun untuk seketika.


mesej dari abah & mama :

Kita kehilangan makhluk kesayangan kita hari ini.
Makhluk yang bernama TINA.
Jumaat 7 Syawal jam 4.20 petangdia pergi meninggalkan kita.
Takkan ada kelibatnya lagi.
Takkan kedengaran lagi nada meownya yang lembut.
Takkan ada lagi makhluk yang minta air dengan abah dan mama setiap pagi.
Perginya amat menyayat hati.
Walaupun sakit dan menderita masih tetap sayang dan taatkan tuannya.
Masih mahu melayan tuannya hingga saat akhir hayatnya.
TINA..... yang istimewa.

No comments:

Post a Comment