Setiap yang berlaku ada hikmah nya. Siapa sangka kan benda nak berlaku. Betul lah orang kata, malang tu tak berbau. Kalau malang berbau,mesti semua orang dalam keadaan sedia nak menghadapi nya. Benda ni berlaku secara tiba-tiba. Cerita nya macam ni, aku ke Puchong untuk jumpa Encik Zaide sebentar. Sekadar untuk keluar minum sahaja sementara nak amik Eqa dia KTM Serdang. Alang-alang Zaide turun ke KL atas urusan bisnes. Lepas sahaja aku ambil dia dihadapan Nasi Kandar Pelita bersebelahan dgn IOI Mall, aku pun menyusur untuk keluar ke LDP, disitulah tempat kejadian yang tak diingini tu berlaku. Haish. Teksi yang bernombor plat HWC7747 tiba-tiba sahaja mengundurkan keretanya dan terus langgar bumper dibahagian hadapan kereta aku. Sumpah terkejut gila. Ape aku nak jawab dengan Mama dan Abah. Aku panik ! nasib baik Zaide ada, dia ambil semua particular pemandu teksi tersebut. Kami cari balai polis berdekatan. yang paling dekat Balai Polis Bandar Puteri Puchong. Sebelum tu Zaide suruh aku mengarang ayat untuk buat report di balai polis. Sanggup dia pergi beli buku nota dan sebatang pen. Lepas dah buat report, aku dikehendaki melaporkan diri di IPD Trafik Seri Kembangan. Nasib baik la dekat dengan rumah. Ketaq gila nak telefon rumah untuk bagi tahu perkara sebenar. Tapi aku terpaksa bagitahu sebab Abah keep calling handphone Eqa. Lepas dah setel semua di balai polis, aku balik rumah. Sure lah kena marah kan. Menangis jugak la aku kan. erm nak buat macam mane, aku ada salahnya,nak pegy Puchong tak minta kebenaran Mama. tapi bukan salah aku sepenuh nya. Aku DILANGGAR, bukan aku melanggar orang.
notes : to Eqa, Sorry weh.
sebab aku, kau pun terkena sama.
aku mintak maaf sangat2 kat kau.
kalau la kau baca blog aku ni.
aku malu nak mintak maaf depan-depan.
Sorry once again.
dear nurul...
ReplyDeleteiqa dh maafkan nurul dah.
nak minta maaf gak sebab amik iqa la ko, t'eksiden...
ermmmm.. 1 lg time kasih kemaskan bilik & bilik air sabtu aritu... cantik je bilik bile balik.. hehe..
balik je terus ttidur... smpai kau kejutkan aku suh p mandi... tq again sis.
thank U...